Saturday, 16 March 2013

CARA PENYEDIAAN

Penyediaan Sebagai Minuman:-

  1. Timbang 100 g rumpai laut kering. Basuh rumpai laut dan ramas-ramaskan seperti membasuh beras (5-6 kali).
  2. Rendamkan rumpai laut semalaman.
  3. Buang air rendaman dan basuh sekali lagi (5-6 kali). 
  4. Kemudian, toskan rumpai laut tersebut.
  5. Sediakan periuk untuk merebus.
  6. Masukkan rumpai laut yang telah ditoskan dan campurkan 2.5 liter air ke dalam periuk yang sama untuk direbus.
  7. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. 
*** Boleh dicampur dengan gula batu/gula merah atau ginseng.
*** Untuk bau yang wangi boleh letak daun pandan.              
     

Penyediaan Sebagai Masker Muka:-

  1. Selepas rumpai laut direbus, tapiskan dahulu. Sisa tapisan air rebusan itu digunakan untuk buat masker.
  2. Biarkan sisa tapisan rumpai laut.
  3. Cuci muka.
  4. Sapukan pada muka dan leher. Kulit akan merasa sejuk dan lembab.
  5. Biarkan masker kering dalam 30 minit.
  6. Kemudian, basuh muka dengan air hingga bersih.
  7. Lapkan muka.
*** Anda akan merasa kulit lebih lembab, licin, gebu, cerah dan tegang walaupun hanya sekali pemakaian masker untuk pertama kali.



NOTE
  • Ibu kolegan yang telah siap dimasak hendaklah disimpan di dalam peti ais untuk menjaga kesegarannya.
  • Kolegan yang sudah dimasak tahan selama 1 bulan.

No comments:

Post a Comment